Sejarah Anime

|| || || Leave a komentar

Anime (アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepang. Anime bagaikan gambarmanga (komik Jepang) yang bergerak.
Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepang hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang.

Generasi pertama anime
Pada tahun 1910-1920an, animator untuk anime termasuk Shimokawa Oten , Kouchi Jun'ichi , Kitayama Seitaro .
Tidak banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh pihak pawagam atau lain-lain.
Generasi kedua anime
Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator , memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumibesar Kanto ( Great Kantō earthquake ) telah memusnahkan studio milik Kitayama dananimator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.
Juga pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di bawah umur 15 tahun.
Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil Momotaro (Peach Boy) telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepang. Terdapat juga banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada tahun 1920an, 1930an dan 1940an. PadaPerang Dunia Kedua , Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama: Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak berhenti-henti diJepang pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei Animation dilahirkan.

Bermulanya populariti anime di seluruh dunia
Selain dari pada Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions . Syarikat tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka , yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepang dan seluruh dunia, Astro Boy (Tetsuwan Atomu ). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, sepertiSunrise dan MadHouse Production .
Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepang, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat . Keluaran Studio Ghibli , seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah Best Animated Feature diAcademy Award . Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002

Genre Anime mempunyai berbagai genre:
/[ 0 komentar Untuk Artikel Sejarah Anime]\

Posting Komentar